RAKAMAN MAKROPENGAJARAN PELAJAR PEMULIHAN TAHUN 2 AMAL

RAKAMAN MIKROPENGAJARAN PEMULIHAN TAHUN 2 AMAL

BAHAN DISKRIMINASI

Diskriminasi Ganjil, Sama Dan Saiz

SUKU KATA KV

SUKU KATA KV

ABC to Z

ABC....Z

MASALAH PEMBELAJARAN KANAK KANAK

Sememangnya menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Bagaimanapun, memang menjadi satu hakikat di mana kurang daripada lima peratus sahaja kanak-kanak yang didaftarkan di sekolah-sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi-institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut.

Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju dalam pelajarannya di sekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah-masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut:

1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.
2 ) Perkembangan yang lambat.
3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.
4 ) Kekekokan (clumsiness).
5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
6 ) Masalah kelakuan.
7 ) Gangguan kesihatan jasmani.

KEKURANGAN PENDENGARAN DAN / ATAU PENGLIHATAN

Kanak-kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara-cara lain. Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran, kanak-kanak yang pekak akan ke belakang di dalam kelasnya. Kanak-kanak ini memerlukan cara pengajaran yang khas.

Kanak-kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya.

Kebanyakkan daripada kanak-kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai.

PERKEMBANGAN YANG LAMBAT

Ada pula kanak-kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tanpa apa-apa kecacatan jasmani. Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya, pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak-kanak yang berumur lima tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan. Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak-kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak-kanak ini akan mendapat manfaat jika dirancang.

MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN

Kefahaman bahasa serta pertuturan adalah mustahak bagi seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Jika seseorang itu tidak boleh memahami bahasa atau mengunakan bahasa kerana sesuatu gangguan pada urat sarafnya, ini akan menjejaskan pembelajarannya. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi perlu dikenal pasti supaya dapat diberi cara pemulihan yang sesuai untuknya.

KEKEKOKAN (CLUMSINESS)

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau lebih baik daripada biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau membuat aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak-kanak ini mungkin selalu menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur, berbahas atau membaca yang tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak-kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu.

Aktiviti sehari-harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi kanak-kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya menghalangnya daripada menulis dengan sempurna.

KEKURANGAN TUMPUAN PERHATIAN

Kanak-kanak yang begini selalu dipanggil ´Hyperactive´ dalam bahasa Inggeris. Selalunya tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari peperiksaan klinikal.

Kebolehan menumpukan perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menerima arahan dan pengajaran dari guru-guru atau ibu bapanya. Kanak-kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian penuh.

Sebaliknya, dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid-murid lain kerana dia tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak-kanak seperti ini perlu diberi pemulihan khas yang dipanggil ´behavioural modification´ untuk menambahkan tempoh tumpuan perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan.

MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS

Keadaan ini selalu dipanggil ´dyslexia´ dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak yang tidak mengalami kecacatan akal atau kurang minat mengalami kesukaran sama ada membaca, menulis atau mengira.

Keadaan ini selalu tidak dikenali dan ini menyebabkan kanak-kanak ini meneruskan persekolahan mereka tampa mendapat bimbingann yang sesuai. Akibatnya timbul perasaan konsep diri yang negetif atau kelakuan yang mungkin menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Kanak-kanak yang mendapati sukar membaca memerlukan orang untuk membaca kepadanya atau diajar melalui rakaman pita. Masalah pembelajaran khusus ini memang sudah lama dikenali tetapi hanya sedikit sahaja bilangan kanak-kanak yang berjaya dikenalpasti dan diberi kurikulum pembelajaran khas oleh kerana kekurangan pakar-pakar dalam bidang Psikologi Pembelajaran.

MASALAH KELAKUAN

Keadaan ini boleh berlaku akibat daripada masalah kekurangan pendengaran, masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan-keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya. Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas.

Kanak-kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan kelakuan.

"... Azim yang berumur lima tahun mempunyai kebolehan seakan akan kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Dia selalu menolak kanak-kanak lain dan tidak mengindahkan sesiapa disekelilinganya. Azim boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain dia memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri mendapat sangat sukar hendak mendisplinkannya. Dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya. Azim asyik suka bergolek-golek di atas lantai serta bercakap-cakap seorang diri..."

Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak - kanak ini meneruskan perkembangan sosial, emosi, kognitif dan bahasanya.

GANGGUAN KESIHATAN JASMANI

Seseorang kanak-kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian yang cukup kepada pelajarannya disekolah. Kanak-kanak yang pucat mungkin sering merasa mengantuk di kelas. Kanak-kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin menerima ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan tindakan yang berkesan tidak diambil, kanak-kanak ini akan kebelakangan dalam pelajarannya.

KESIMPULAN

Semua keadaan yang dinyatakan ini mesti difikirkan jika seseorang kanak-kanak itu mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru serta doktor untuk memastikan yang anak mereka dapat mencapai potensi dengan seberapa daya. Keadaan seperti masalah pembelajaran khusus dan kekekokan memerlukan galakan serta perasaan timbang rasa daripada guru-guru dan diberi kurikulum khas. Ramai kanak-kanak seperti ini akan tidak dapat dikenalpasti di sekolah kerana kekurangan para profesional yang boleh membuat penilaian menyeluruh ke atas kanak-kanak ini serta merancangkan sesuatu kurikulum yang khas bagi mereka.

DISLEKSIA...APA ITU DISLEKSIA?

Masalah Pembelajaran ‐ Disleksia

Apa itu Disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun
mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
o Mempunyai keupayaan intelek yang normal
o Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol
visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran
o Membaca
o Menulis
o Memahami
o Mengeja
o Mengira
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
o Lambat bertutur
o Mengalami kesukaran sebutan atau rima
o Sukar menulis nama sendiri
o Payah mengenal bentuk atau warna
o Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira
o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
􀂃 15 dengan 51
􀂃 “was” menjadi “saw”
􀂃 ‘b’ dengan ‘d’‘
o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
o Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee
Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis
(Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai
sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya

Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
o Gangguan emosi (seperti kemurungan)
o Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan
diri anak
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
o Terapi pertuturan
o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu
pembelajaran)
1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
3. Merasa pergerakan bibir
4. Menulis huruf atau perkataan
4. Langkah-langkah pemulihan :
o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
o Gunakan video atau kaset untuk belajar
5. Program pemulihan khusus :
o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

PETIKAN MUTIARA KATA

My experiences demonstrate that innovation is not possible while one remains trapped within the hard shell of conventional wisdom, and further, the innovation is not a lofty  ideal,  but something that can be triggered by even the tiniest change.

– Isao Nakauchi, Drucker on Asia, 1997a
(Drucker dan Nakauchi 1997)


Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.
       Albert Einstein



Memetik penulisan Breakthrough Thinking oleh Ibrahim Ahmad Bajunid (2002) baru-baru ini:

We need breakthrough thinking to go beyond the limits of our present state of development. It is a kind of thinking that has helped mankind to reach new levels of quality of life.

Lantas,

A society cannot be truly knowledge society when the society is predominantly a recipient society, receiving and borrowing other people’s knowledge and inventions.


Menurut Ibrahim Bajunid lagi,

The fact that we have not managed to increase significantly the number of our products and services which could be patented is an indictment of the state of our relative poverty in the culture of our inventiveness, thus marking the present stage of our national development.

Bak kata Kanter (1983) dalam bukunya The Change Masters,

Indeed, it is a virtual truism that if technical innovation runs far ahead of complementary social and organizational innovation, its use in practice can be either dysfunctional or negligible.

KAD KVKVKV

KAD KVKVKV

KAD KVKKV

KAD KVKKV

BEING A TEACHER

Being a teacher

Teaching is like no other job
It is as inspiring, challenging, and unique
as each child you teach

It’s a career that genuinely does make difference

No two day are same
No two children are the same

You have the privilege of the opening doors to learning, to turning children on to lifelong interests.

A great teacher does more than just educate ….

GAMBAR KV KVK

Gambar KV KVK

BAHAN BACAAN UNTUK PELAJAR PEMULIHAN

Bahan KV+KV Pemulihan

Rancangan Mengajar Kelas Pemulihan Tahun 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KELAS PEMULIHAN KHAS (Tahun 2 Amal)
TARIKH : 13 Nov 2011
HARI : Ahad
MASA :09.45 – 10.15
Jumlah murid 8 orang
Mata pelajaran : Pemulihan (Bahasa Melayu)
Tema : Alam Benda
Nilai : Kerjasama,kertrampilan,berani ,teliti
Kemahiran Berfikir: Menyusun urutan dan mengkategori


Kumpulan Murid

1

2

Kemahiran

Sukukata ( KV )

Perkataan( KV  + KV + KV)

Hasil Pembelajaran / Objektif


1.    Murid dapat membunyikan 5 daripada 9 sukukata dengan betul berdasarkan kad yang ditunjukkan.


1.Murid dapat menulis sukukata (KV + KV + KV) yang bermakna dengan  betul di lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada

Murid telah mengenal Vokal dan beberapa Konsonan

Murid telah menguasai kemahiran perkataan KV + KV.

BBM

Komputer riba, speaker ,dadu, kad sukukata,lembaran kerja


Komputer riba, speaker,  lembaran kerja,set permainan pancing,kad gambar.


Langkahmasa


Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Catatan
Set Induksi
(5 minit )

Ø  Guru mendengarkan audio “ Mari mengeja “ dan mengajak murid menyanyi sambil bertepuk tangan.
Ø  Guru bertanya huruf huruf yang mereka dengar daripada audio yang dipasang
Ø  Guru meminta murid mencari huruf yang mereka kenal di sekitar kelas (bahan yang dilekat di dinding,meja ,kerusi)


BBM
Komputer riba, speaker

Langkah 1
(8 minit)

Permainan dadu sukukata

1.    Murid bermain buah dadu yang mengandungi suku kata ba,ca,da,bi,di.
2.    Murid melambung buah dadu dan memadankan suku kata yang terdapat di permukaan dengan suku kata yang di lambung oleh rakan beliau.
3.    Guru meminta murid agar menyebut bunyi suku kata yang mereka perolehi.



Latihan menulis

1.    Murid mengisi tempat kosong untuk melengkapkan perkataan yang mengandungi KV +KV+KV berpandukan gambar.
2.    Guru membimbing pelajar yang lemah.




BBM
K 1: Buah dadu dan kad sukukata KV

K2 : Lembaran kerja.

Langkah 2
(8minit)

Interaksi dengan Guru

1.    Guru menunjukkan 9 kad sukukata KV sambil membunyikannya di ikuti oleh murid secara kumpulan dan individu.
2.    Murid secara individu memilih secara rawak kad sukukata dan membunyikannya.

Permainan “Pancing suku kata”

1.    Murid diberikan pancing bermagnet.
2.    Murid memancing kad suku kata yang dilekatkan pin.
3.    Murid akan memadankan sukukata yang berjaya dipancing untuk membentuk perkataan yang bermakna.


BBM:
Pancing, Kad suku kata

Langkah 3
(5minit)


Latihan menulis

1.    Murid menulis suku kata yang telah dipelajari di lembaran kerja.
2.    Guru membimbing pelajar yang bermasalah.

Interaksi dengan guru

1.    Guru meminta murid menyebut benda yang terdapat dalam gambar satu persatu.
2.    Guru menunjukkan kad sukukata yang sesuai dengan bunyi benda secara membatang.
3.    Guru membimbing murid dengan membetulkan sebutan yang padan dengan gambar.


BBM:
K1 lembaran kerja
K2 : menyusun  sukukata  ikut urutan  berpandukan gambar

Penutup
(4minit)

Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi aktiviti latihan untuk disiapkan oleh murid berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari tadi.
Guru mendengarkan lagu “Mari mengeja”sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

BBM:
Computer riba, speaker






Perkongsian Maklumat Linus (12 Konstruk)

Bahan Konstruk Linus

Bahan Kelas Pemulihan

Contoh bahan pemulihan interaktif dari Web Cikgu Yusof bin Mohamad

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA....



MURID BUKAN MACAM PAPAN SKATE……
BELUM MAIN, GILAP….
DAH MAIN, PIJAK
MURID BUKAN MACAM BOLASEPAK….
BELUM DAPAT, KEJAR…..
DAH DAPAT, TENDANG
 MURID BUKAN MACAM BULU TANGKIS….
BELUM MAIN, PEGANG…..
DAH MAIN, PUKUL
 MURID MACAM BOLA RAGBI….
BELUM DAPAT, REBUT…..
DAH DAPAT, LINDUNGI
SAYANGI MURID ANDA!!!!!!

SAJAK GURU

SAJAK GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

myLMS - Announcement

myLMS - Announcement



Saturday, October 15, 2011 - Permanent
Penghantaran TUGASAN ESEI @ BLOG KRT3013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sila hantar TUGASAN FINAL ESEI & BLOG anda ke alamat emel ini => krt3013t02@siswa.upsi.edu.my

Tugasan Esei = TARIKH AKHIR 7 Nov. 2011 (Isnin)

Tugasan Blog = TARIKH AKHIR 12 Dis. 2011 (Isnin)

Sila maklumkan pada saya, anda sudah menghantar FINAL TUGASAN melalui Private Message.

SILA NYATAKAN NAMA ANDA, NO MATRIK, KUMPULAN

Terima kasih,

Amily Shafila

Posted by : AMILY Amily Shafila binti Shariff

Pidato "Memartabatkan Bahasa Melayu"

KHUTBAH MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU



"Sempena Konvesyen Bahasa Melayu Sedunia 2009 yang akan berlangsung di Negeri Johor Pada Ogos ini, inilah dia khutbah yang telah siap ditulis untuk dibacakan diseluruh Masjid Negeri Johor kalau di persetujui..."

"KHUTBAH MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU"

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dijamin melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka secara tidak langsung membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi alat perpaduan dan kemajuan. Namun dalam menghadapi cabaran globalisasi bahasa Melayu dilihat antara yang menerima kesan yang sangat mendalam. Era kegemilangan Tamadun Alam Melayu menjadi bukti kehebatan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca dan ia menjadi kekuatan juga kepada bangsa Melayu itu sendiri. Keperluan untuk menguasai ahasa Inggeris semakin mendesak tetapi dalam masa yang sama bahasa ibunda perlu di pertahan dan dimartabatkan.

Dalam kedudukan inilah kekeliruan dan keraguan wujud. Justeru dalam usaha untuk menguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu dirasakan kurang sesuai sebagai bahasa pengantara dan seterusnya sebagai alat perpaduan antara kaum dan medium kemajuan. Namun jika diperhatikan, kejayaan negara maju seperti Jepun dan Korea mampu berjaya menguasai dan menghasilkan teknologi yang inovatif, kreatif dan saintifik melalui bahasa ibunda. Melihat kepada kedudukan bahasa Melayu yang semakin disisih dan terpinggir oleh masyarakat Malaysia, sewajarnya ada usaha yang serius dan konsisten untuk mengimbas kembali dan memulakan perbincangannya dengan melihat sejarah perkembangan bahasa Melayu, kedudukannya dalam Perlembagaan, institusi-institusi yang terlibat serta isu-isu yang berkaitan pemerkasaan bahasa Melayu ini.

Suatu fakta yang perlu kita ingati dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu adalah bahasa ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. Ia juga diangkat menjadi bahasa lingua franca (sebelum abad ke 13 lagi) di seluruh kepulauan Melayu (sebelum kedatangan Barat). Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Hindu dan Islam di alam Melayu yang kemudiannya memperlihatkan ia menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab. Oleh kerana bahasa ini ditutur oleh setiap pedagang yang datang ke alam melayu khususnya di Melaka, ia juga menjadi bahasa perdagangan, pendidikan dan sebagainya.
Bagaimanapun keunggulan dan kemegahan bahasa Melayu ini mulai merudum dan jatuh taraf serta statusnya di zaman British. Ia tidak lagi menjadi bahasa pengantaraan tetapi hanya sebagai bahasa pasar. Kesan dari dasar pecah dan perintah oleh British telah membawa perubahan kepada sistem politik, sosial dan budaya. Melalui sistem pendidikan vernakular, bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di sekolah-sekolah Inggeris yang mana tahap pendidikannya berakhir hingga ke universiti.
Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Sebelum merdeka, Malaya yang ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysiapertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan (Abdullah Hassan, 1997):

“kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah bahasa peribumi”.

Sidang Jumaat yang berbahagia,
Bahasa jiwa bangsa dan tiada bangsa tanpa bahasa di mana kekuatan sesuatu bangsa banyak terletak pada perkasa dan meluasnya kegunaan bahasa milik bangsanya. Sebagai contohnya bahasa Arab pada permulaannya hanya berlegar dalam tanah arab sahaja tetapi kedatangan Islam telah merubah segala-galanya apabila ia dijadikan bahasa wahyu al-Quran sehingga memungkinkannya tersebar ke serata dunia. Bahasa arab yang asalnya digunakan dalam kelompok masyarakat arab sahaja seterusnya berkembang sebagai bahasa komunikasi dan bahasa pembina tamadun terutama selepas runtuhnya kuasa besar Rom dan Parsi. Malah bahasa arab telah dijadikan bahasa rasmi oleh khalifah Islam termasuk Khilafah Uthmaniah Turki walau pun Turki tidak termasuk negara arab di mana ia berterusan begitu lama sehinggalah Mustafa Kamal at-Tartuk bertindak menghapuskan penggunaan bahasa arab dalam pemerintahan Turki dengan digantikan bahasa arab kepada bahasa Turki rentetan daripada penghapusan kepada semua perkara yang bersangkutan dengan Islam bersesuaian dengan Turki sekuler.
Bahasa arab menjadi bahasa yang terlalu penting kerana ia dijadikan bahasa rasmi kerajaan-kerajaan Islam yang bukan sahaja dikhususkan penggunaannya dalam kitab agama malah meliputi urusan pentadbiran, ekonomi, teknologi pembinaan tamadun dan sebagainya yang menyebabkan setiap bangsa terpaksa mempelajari bahasa arab dengan begitu bersungguh-sungguh.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Melihat kepada betapa pentingnya bahasa kepada sesuatu bangsa telah menyebabkan para ulama’ Melayu silam menghasilkan tulisan jawi yang ada sedikit penambahan huruf daripada huruf arab bersesuaian dengan sebutan Melayu. Jika bahasa Melayu dianggap tidak penting dalam memperkasakan bangsa Melayu maka sudah tentu para ulama’ Melayu lah yang menjadi golongan pertama yang menghancurkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun. Ulama’ silam yang ramai di kalangan mereka menjadi penasihat kepada Sultan Melayu yang memerintah sudah pasti menggunakan kedudukan mereka dalam mewajibkan rakyat jelata belajar dan menggunakan bahasa arab sebagai bahasa rasmi. Apa yang terjadi adalah sebaliknya di mana ulama’ Melayu lebih bijak dan berpandangan jauh apabila mereka lebih berusaha dalam menghasilkan tulisan jawi bagi mendekatkan masyarakat Melayu dengan tulisan arab serta me’Melayu’kan banyak perkataan arab ditambah lagi dengan penggunaan Nahu atau tatabahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh Nahu atau tatabahasa arab dari dulu sehingga zaman Za’ba yang memudahkan masyarakat Melayu membaca al-Quran dan memamahaminya.
Malah usaha gigih ulama’ Melayu telah menghasilkan banyak kitab karangan mereka terutama berkaitan dengan agama dalam tulisan jawi yang terus digunakan sehingga hari ini di Nusantara terutama di pusat pengajian pondok. Penghasilan tulisan jawi turut berjaya menyatukan umat Melayu Islam Nusantara yang disatukan dengan satu bahasa dan satu tulisan. Oleh itu kita sewajarnya meneruskan usaha yang telah dimainkan oleh ulama’ silam dalam memperkasakan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa pembina kemajuan.

Kegemilangan bahasa Melayu telah dicemari dengan kemasukan penjajah ke negara ini. Walau pun penjajah tidak mengharamkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu namun tulisan rumi mula diperkenalkan di mana ia digunakan secara meluas sehingga menenggelamkan penggunaan tulisan jawi yang mula terhad. Bahasa Melayu turut menerima pakai perkataan Inggeris yang di melayukan serta penggunaan tatabahasa Inggeris mula mempengaruhi bahasa Melayu sehingga bahasa Inggeris mula mengambil tempat bahasa arab yang menjadi rujukan utama sebelum ini. Akhirnya kebanyakan orang Melayu lebih rapat kepada bahasa Inggeris terutama tawaran pekerjaan lebih tertumpu kepada mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris. Ia turut memberi kesan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa ilmu yang terpenting termasuk dalam memahami agama yang menyebabkan Islam ciptaan barat hasil tulisan orientalis dalam bahasa Inggeris mudah tersebar dalam menjajah pemikiran umat Melayu Islam. Ini menyebabkan lahirnya masyarakat Islam yang kurang meyakini kemampuan sistem Islam malah berani bangun menentang pelaksanaannya dalam negara.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Menyedari betapa pentingnya bahasa maka kita terutama pemimpin wajib memperkasakan semula bahasa Melayu agar ia bukan sahaja berperanan sebagai bahasa perhubungan harian dan agama sebaliknya lebih meluas sebagai bahasa ilmu kepada semua bidang kehidupan termasuk ekonomi, sains dan teknologi. Jika penghapusan tulisan jawi sebelum ini telah menyebabkan ribuan rakyat buta al-Quran dan agama maka penukaran bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik boleh memberi kesan akan terhakisnya kepentingan penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Kita mesti ingat bagaimana tulisan jawi terselamat daripada terkubur dengan adanya pusat pengajian pondok dan sekolah agama malah kedua-dua pusat pengajian ini juga berjaya menyelamatkan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan daripada disisihkan apabila ia dijadikan mata pelajaran pilihan dengan Pendidikan Seni.

Kita terlalu bimbang dengan keadaan dan tindakan yang diambil oleh pemimpin yang sanggup mengkhianati bahasa dan bangsanya sendiri dengan menghapuskan penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu moden. Ini boleh membawa kepada hilang minat dan kesungguhan bangsa Melayu sendiri apatah lagi bangsa lain untuk mempelajari bahasa Melayu malah mereka hanya mempelajarinya untuk lulus peperiksaan sahaja bukannya untuk kegunaan dalam mentadbir dan memajukan negara. Akhirnya bahasa Melayu dikubur dan ditalqinkan oleh bangsa dalam negaranya sendiri. Bahasa Melayu selepas ini hanya dipelajari di pusat pengajian pondok sahaja yang semenangnya terus menggunakan kitab jawi karangan ulama’ silam serta penggunaannya hanya terhad untuk komunikasi sesama sendiri sahaja bukan lagi berperanan sebagai bahasa ilmu dan tamadun sebagaimana sebelum ini. Bahasa Melayu bakal menjadi bahasa yang dikenang sebagai bahan sejarah sebagaimana bahasa Sanskrit Tua dan tidak lebih nasibnya seperti bahasa Jawa dan orang Asli yang hanya digunakan untuk berhubung sesama sendiri bukannya dijadikan bahasa ilmu.

Jika kerajaan Thailand berusaha secara halus menghancurkan bahasa Melayu ditambah pula dengan pengkhianatan kerajaan negara ini terhadap bahasa Melayu maka bahasa Melayu bakal diletakkan di muzium sebagai bahan sejarah bukannya sebagai bahasa yang perkasa sebagaimana yang dilakukan oleh ulama’ Melayu silam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita perlu fahami bahawa bahasa Inggeris dipelajari oleh bangsa lain kerana ia digunakan begitu meluas bukan semata-mata sebagai bahasa perhubungan sahaja sebaliknya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa ilmu dalam menguasai pelbagai bidang ilmu moden. Jika bahasa Inggeris hanya digunakan untuk bahasa komunikasi semata-mata maka bangsa lain tidak akan berminat dan bersungguh-sungguh mempelajarinya. Oleh itu kedudukan orang yang terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris sehingga sanggup menghancurkan bahasa kepada bangsanya sendiri adalah orang yang masih terjajah pemikirannya serta tidak yakin tentang kemenangan Islam. Jika selepas kejatuhan Khilafah Islamiah telah menyaksikan bahasa arab diketepikan maka apabila tibanya zaman kemenangan Islam bakal menyaksikan bahasa Inggeris akan dipandang sepi apabila bahasa arab akan berperanan kembali. Ini menyebabkan pakar bahasa arab begitu diperlukan sedangkan pemimpin yang berpandangan sempit dan kolot telah bertindak kejam menghancurkan sekolah agama rakyat yang sememangnya diperlukan oleh generasi selepas kemenangan Islam. Yakinlah kita bahawa Islam dijulang bangsa Melayu gemilang, Islam Berkuasa bahasa Melayu perkasa.

Firman Allah dalam ayat 177 surah Ali ‘Imran:

إن الذين اشتروا الكفر بالإيمان لن يضروا الله شيئا ولهم عذاب أليم
Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang menukar iman dengan kufur sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi mudharat terhadap Allah sedikit pun dan bagi mereka azab yang pedih.

About this blog

MY VISITOR

Powered by Blogger.

About Me

Ruzaizi Mahmood
View my complete profile

Followers


ShoutMix chat widget
There was an error in this gadget